SHAH ALAM – Golongan wanita masa kini berjaya membuktikan jantina bukan penghalang apabila melakukan kerja-kerja berat dan sukar seperti pemandu treler, mekanik dan juruteknik pendingin hawa yang sebelum ini didominasi oleh kaum lelaki. Menurut Hidayu Sabaran, 45, dia berdepan pelbagai cabaran dan persepsi negatif termasuk digelar ‘individu dua alam’ selepas memilih kerjaya sebagai drebar treler sejak 12 tahun lalu. Katanya, minat terhadap kenderaan berat bermula apabila dia sering menemani bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori sawit dan simen di Johor. ……















