fbpx
Alexander ketika melihat komponen Launching Nose bagi percepatkan bina jambatan Bailey di Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

12 set Launching Nose percepat bina jambatan Bailey hadapi MTL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 12 set komponen Launching Nose bernilai RM21 juta disediakan dalam membantu mempercepatkan proses pemasangan jambatan Bailey sepanjang Musim Timur Laut (MTL).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini terutamanya di lokaliti hot spot termasuk di jalan terputus akibat banjir atau kerosakan kritikal.

Katanya, kesemua 12 komponen itu telah diagihkan kepada sembilan Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

“Tanpa komponen itu, kita memerlukan kren dan sebagainya. Jadi, ini memudahkan kecekapan dan kelancaran pelaksanaan pembinaan jambatan Bailey itu.

“Memang diletakkan di kawasan yang memerlukan sebab stok kita pun bukannya banyak sangat. Sebab itu, kita kena lihat pada keutamaan terutama di jalan yang terputus akibat banjir,” katanya pada majlis penyerahan Launching Nose Jambatan Bailey di sini, hari ini.

Untuk rekod, Launching Nose berfungsi sebagai pemula yang membolehkan keseluruhan struktur jambatan ditolak merentasi sungai tanpa memerlukan sokongan pertengahan.

Katanya, berdasarkan perancangan, pihaknya akan menambah stok komponen tersebut namun bergantung kepada kewangan Kerajaan Pusat.

“Launching Nose ini mempunyai standard saiz lebar dan panjang yang direka untuk meningkatkan kecekapan pembinaan jambatan Bailey sebelum jambatan kekal dibina,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI