fbpx
MCTOMINAY yang turut menjaringkan gol meraikan kejayaan Scotland mengesahkan tempat ke Piala Dunia selepas membenam Denmark awal pagi semalam. - AFP

WCQ: Scotland ulangi pencapaian 1998

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GLASGOW – Dua gol ketika waktu kecederaan menyaksikan Scotland mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Denmark 4-2 pada aksi kelayakan Kumpulan C di Hampden Park awal pagi semalam.

Lebih manis, ia menjadi penampilan pertama buat skuad Tartan Army itu selepas kali terakhir mereka beraksi dalam saingan Piala Dunia adalah pada edisi 1998 yang berlangsung di Perancis.

Pada perlawanan itu, Scotland menjaringkan empat gol menerusi Scott McTominay, Lawrence Shankland, Kieran Tierney dan Kenny McLean, manakala gol Denmark dijaringkan Rasmus Hojlund dan Patrick Dorgu.

Ketua Jurulatih Scotland, Steve Clarke mengakui mereka berdepan aksi cukup sukar pada perlawanan itu sebelum Denmark bermain dengan 10 pemain selepas Rasmus Kristensen dilayangkan kad merah di minit ke-61.

“Dalam mana-mana pertandingan, pasti akan ada satu langkah terakhir dan ia merupakan yang paling sukar. Itulah yang terpaksa kami hadapi sepanjang perlawanan hari ini (semalam), tetapi para pemain menjalankan tugas dengan baik.

“Saya gembira kerana pemain-pemain kekal tenang hingga tamat perlawanan dan menjaga emosi dengan cukup baik. Saya juga tidak pernah melihat jaringan akrobatik seperti dilakukan McTominay malam ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan, Andy Robertson memuji semangat juang dipamerkan rakan sepasukan apabila langsung tidak mengenal erti putus asa sehingga berjaya membawa mereka ke Piala Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN