SEBUAH restoran di pulau peranginan popular Thailand, Koh Phangan baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila mengharamkan pelancong Israel daripada masuk ke kedainya gara-gara tidak tahan dengan sikap biadab individu tersebut. Dengan meletakkan notis bertulis ‘No Israel’ atau ‘tiada pelancong Israel dibenarkan’ di hadapan restoran, pemilik kedai dikenali sebagai Bob berkata, dia berbulan-bulan menanggung kesusahan akibat sikap pelancong Israel yang mencuri tisu dan perasa makanan tanpa kebenaran, melepak tanpa membayar serta memotong barisan. Situasi tersebut adalah satu daripada beberapa insiden buruk…















