fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu meletakkan beberapa biji limau ke dalam beg tangannya. - TikTok

Pura-pura pilih limau, sempat selit dalam beg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam memasukkan beberapa biji limau ke dalam beg tangannya ketika memilih buah tersebut, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @akangmisman menunjukkan wanita sudah berusia itu sedang memilih buah limau dia sebuah pasar. 

Apa yang menarik perhatian adalah dia sempat memasukkan beberapa biji limau ke dalam beg tangannya ketika memilih buah itu. 

“Itu hanya limau, 1 kilogram cuma 15,000 rupiah (RM4). Kesian penjual yang mempunyai anak dan isteri,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 934,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Dia lupa ada CCTV,” kata seorang netizen. 

“Nampak seperti sudah biasa,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN