SAAT nama pasukan mereka diumumkan sebagai pemenang pingat emas Anugerah Kluster Terbaik, Kluster Sains pada Karnival Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan, Muhammad Ameer Jamaludin rasakan alam bagai terhenti. Rasa gembira, lega dan bangga bercampur baur dalam satu detik yang tak mungkin dilupakan, diiringi tepukan gemuruh penonton. Di belakangnya, rakan sepasukannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Aiman Hakim Najeli dan Syed Adheem Syed Khairudin tersenyum lebar. Mata mereka bersinar tanda kemenangan itu……















