fbpx
Panda gergasi dari China tiba di KLIA pukul 8.30 malam tadi. Foto IHSAN PERHILITAN

‘Panda gergasi Chen Xing, Xiao Yue dah ada di Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang panda gergasi baharu bernama Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari Republik Rakyat China selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8:30 malam tadi.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi kenyataannya, Malaysia mengalu-alukan ketibaan pasangan panda gergasi itu yang mana ia menandakan simbol integriti dan persahabatan yang berkekalan antara Malaysia dan China.

“Malaysia melalui NRES meneruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda dengan China melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April 2025 bersempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia.

“Pemeteraian Perjanjian ini akan membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi baharu yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035,” menurut kenyataan dikeluarkan malam tadi.

Setibanya di tanah air, pasangan panda gergasi itu dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara, yang dinaik taraf sepenuhnya untuk memastikan persekitaran yang kondusif, selamat dan selesa.

“Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama satu bulan di bawah pengawasan rapi pasukan doktor haiwan dan penjaga yang berpengalaman sebelum ditunjukkan kepada orang ramai,” kata NRES. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN