fbpx
Anwar ketika pertemuan ringkas bersama Taye Atske Selassie Amde.

Kerjasama Malaysia, Ethiopia perlu dipacu hala tuju baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia, Ethiopia sependapat bahawa kerjasama sedia ada perlu dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu termasuk dalam sektor bernilai tinggi seperti semikonduktor, ekonomi halal, keselamatan siber serta bidang strategik lain yang mampu membuka ruang pertumbuhan bersama.

“Berkesempatan adakan pertemuan ringkas bersama Presiden Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia, Taye Atske Selassie Amde.

“Saya turut menzahirkan komitmen Malaysia melalui pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September lalu, selaras dengan pengiktirafan terhadap Ethiopia sebagai hab diplomatik penting di benua Afrika,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia juga mengalu-alukan penubuhan Kedutaan Ethiopia di Kuala Lumpur sebagai satu lagi langkah memperkukuh jambatan persahabatan, kepercayaan dan kerjasama dua hala.

“Semoga hubungan Malaysia dan Ethiopia terus diperkasa dengan semangat persahabatan tulen, keyakinan bersama dan manfaat yang dirasai rakyat kedua-dua negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI