fbpx
Mohd. Khalid.

Integriti, kesihatan mental fokus utama PDRM – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail mengangkat integriti sebagai fokus utama dalam usaha memartabatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai organisasi yang profesional dan disegani.

Mohd. Khalid berkata, fokus tersebut adalah bagi memastikan setiap warga PDRM dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Ketika ini, PDRM sedang giat membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah Polis Diraja Malaysia (OACS) berpandukan kepada Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bagi memperkukuh integriti, tatakelola dan usaha pembanterasan rasuah.

“Inisiatif ini merupakan indikator terbaik bagi mengekang dan menjauhkan sebarang bentuk salah laku serta pelanggaran etika perkhidmatan dalam kalangan warga Sang Saka Biru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini hari ini.

Mohd. Khalid berkata, sejak penubuhan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), PDRM terus kekal sebagai sebuah organisasi penguatkuasaan yang berintegriti, berwibawa dan beretika.

Bagaimanapun, katannya, tanggungjawab memelihara integriti dan imej pasukan tidak terletak sepenuhnya pada JIPS, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak daripada peringkat bawahan sehingga pegawai atasan.

Justeru, beliau menyeru agar semua jabatan dan formasi memainkan peranan proaktif bagi memastikan Strategi Pembanterasan Rasuah PDRM dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Barisan kepimpinan perlu terus memperkukuh penyeliaan melalui close monitoring, pematuhan kepada Arahan Ketua Polis Negara No.191 berkaitan Total Enforcement ke atas Peraturan 3C : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993).

“Langkah ini perlu dijadikan sebagai asas mencegah salah laku, serta menambah baik persepsi masyarakat seluruhnya.

“Saya ingin menegaskan PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam salah laku,” ujarnya.

Mengulas mengenai kesihatan mental, Mohd. Khalid menyarankan semua barisan kepimpinan dan penyelia peka terhadap perubahan tingkah laku, tekanan emosi atau tanda-tanda kemurungan dalam kalangan warga kerja.

“Dalam hal ini, aspek kesejahteraan mental selalunya berpunca daripada bebanan kehidupan dan tekanan yang melampau.

“Tindakan intervensi awal perlu diambil melalui pendekatan empati, program kaunseling serta bimbingan bagi memastikan individu yang memerlukan sokongan dan perhatian mendapat sokongan sewajarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI