fbpx
GAMBAR fail Zohran Mamdani (tengah). - Foto AFP

Gaji Datuk Bandar Islam pertama New York lebih RM1 juta setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Gaji tahunan bakal Datuk Bandar beragama Islam pertama di New York, Zohran Mamdani yang akan mengangkat sumpah jawatan tahun depan dijangka dalam lingkungan AS$258,750 (RM1.07 juta), lapor laman majalah Prestige Hong Kong hari ini.

Datuk Bandar bagi Bandar Raya New York menerima gaji ketiga tertinggi di Amerika Syarikat  (AS) untuk jawatan itu selepas Datuk Bandar San Francisco dan Los Angeles.

Datuk Bandar San Francisco dibayar gaji lebih AS$380,000 (RM1.57 juta), manakala Los Angeles sebanyak AS$300,000 (RM1.2 juta).

Mamdani yang merupakan anggota Parti Demokrat juga merupakan salah seorang pegawai kerajaan dengan gaji tertinggi di negara itu. Pendapatan itu lebih tinggi daripada Setiausaha Kabinet Presiden Donald Trump.

Sepanjang penggal empat tahunnya, Mamdani akan tinggal tanpa perlu membayar sewa di Gracie Mansion, kediaman rasmi Datuk Bandar yang terletak di Upper East Side, New York.

Mamdani akan mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Bandar Raya New York ke-111 sebaik sahaja jam berdetik ke tengah malam pada hari Tahun Baharu 2026.

Beliau akan menggantikan Eric Adam yang merupakan tokoh berkulit hitam dan bekas pegawai polis.

Mamdani akan menjadi Datuk Bandar berketurunan India pertama di bandar iraya tu, serta salah seorang Datuk Bandar termuda yang pernah dipilih selepas pilihan raya awal bulan ini.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN