fbpx
TUJUH pemain warisan negara didakwa tidak berusaha untuk penjelasan selepas terpalit isu pemalsuan dokumen sehingga mengecewakan FIFA.

FIFA anggap hukuman dikenakan masih ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya sepatutnya dihukum dengan lebih berat selepas mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib, September lepas.

Menerusi alasan bertulis yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA semalam, badan induk tersebut memaklumkan hukuman yang dikenakan ke atas FAM serta semua pemain telah menjadi salah satu agenda dalam proses prosiding yang dilakukan bulan lalu.

“FAM dan semua pemain telah membangkitkan kadar hukuman dalam hujah mereka. Susulan itu, jawatankuasa meneliti dakwaan ini berdasarkan fakta dan bukti yang dikumpulkan.

“Dalam penilaian ini, kami yakin bahawa sekiranya Jawatankuasa Tatatertib FIFA dapat meneliti semua bahan yang kini tersedia dalam prosiding rayuan, hukuman yang dikenakan ke atas semua perayu akan jauh lebih berat.

“Jawatankuasa turut menegaskan jika bukan kerana prinsip ‘non reformatio in pejus’ dalam Artikel 63.4 FDC, hukuman yang lebih berat daripada yang dikenakan pada peringkat pertama,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, FIFA turut kecewa dengan sikap barisan pemain warisan Harimau Malaya tidak berusaha mencari penjelasan daripada FAM, ejen, atau keluarga selepas terpalit dengan isu pemalsuan dokumen.

“Jawatankuasa melihat sikap ini sebagai petunjuk mereka sedar bahawa prosedur yang dilakukan tidak betul.

“Sepanjang prosiding, pemain tetap mendakwa datuk nenek mereka lahir di Malaysia walaupun bukti menunjukkan sebaliknya. Mereka juga gagal menjelaskan mengapa mereka percaya boleh mewakili Malaysia tanpa ada hubungan sebenar dengan negara itu,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN