fbpx
SEORANG lelaki (dalam bulatan) didakwa menampar penumpang lain. - Foto Stomp

Cakap terlalu kuat, penumpang LRT ditampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Singapura yang bercakap secara kuat menggunakan telefon bimbit didakwa ditampar dan dimarahi oleh penumpang lain, lapor laman berita Stomp semalam.

Seorang pengguna media sosial berkongsi sebuah video kejadian yang berlaku di laluan LRT Punggol pada 16 November lalu.

Individu itu memberitahu bahawa penumpang tersebut sudah pun bercakap dengan kuat sejak dia menaiki kereta api.

Katanya, kejadian itu berlarutan selama hampir lima minit.

“Lelaki itu pergi menampar kepala individu berkenaan kerana bercakap kuat menggunakan telefon.

“Individu itu tidak membalas, tetapi pada mulanya dia cuma duduk dan kemudian mula menjerit. Selepas itu, seorang wanita bangun dan menyuruhnya berhenti bercakap terlalu kuat,” kata pengguna media sosial tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN