fbpx
Uqasha tetap nekad ingin menuntut perceraian daripada suami, Kamal Adli selepas empat mencuba untuk menyelamatkan perkahwinan. - SHIDDIEQIIN ZON

‘4 tahun tiada perubahan langsung, mudaratkan mental saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Empat tahun waktu yang lebih daripada cukup buat pelakon Uqasha Senrose memberi peluang kepada suami, Kamal Adli untuk memperbaiki rumah tangga mereka yang kini dilanda badai.

Disebabkan itu, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, kekal tegas dengan pendirian untuk bercerai kerana berasakan usahanya untuk memperbaiki hubungan disia-siakan suami.

“Empat tahun saya sudah berusaha untuk perbaiki rumah tangga ini, cuba sedaya upaya saya. Malah saya sudah berjumpa keluarga Kamal terlebih dahulu untuk bantu saya perbaiki dan pertahankan perkahwinan kami.

“Tetapi, tiada perubahan langsung oleh Kamal. Saya masih ada ibu bapa, adik-beradik, saya perlu beritahu keluarga apa yang terjadi dalam rumah tangga saya.

“Saya berbincang dan kedua-dua juga sudah berbincang untuk beri peluang lagi kepada Kamal. Namun peluang itu dipersia-siakan.

“Setelah dipersiakan, saya rasa adalah terbaik untuk saya dan anak keluar dari kemelut yang memudaratkan mental dan fizikal saya serta anak. Jadi saya nekad untuk berpisah,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan kedua-dua pihak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi berbincang sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember depan.

“Hari ini adalah prosiding ketiga dan masing-masing membawa wakil JKP.

“Akan ada satu tarikh untuk berjumpa di JAWI bagi berbincang. Perjumpaan JAWI akan berlangsung terlebih dahulu sebelum prosiding seterusnya iaitu pada 18 Disember depan,” ujarnya.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.

Permohonan cerai berkenaan dibuat Uqasha pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Sehubungan itu, prosiding seterusnya untuk kes cerai mereka ditetapkan mahkamah hari ini sebagai tarikh baharu.

Prosiding sebutan pertama kes perceraian Kamal dan Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, berjalan pada 22 Oktober lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN