fbpx
TIGA maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Senai-Seelong, Kulai, petang semalam. Foto IHSAN POLIS

3 maut nahas tiga kenderaan di Kulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Tiga terbunuh dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Myvi dalam kemalangan di Jalan Senai-Seelong di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang itu, mangsa meninggal melibatkan dua pemandu lori yang berusia 23 dan 45 tahun serta seorang wanita warga emas yang merupakan penumpang kereta Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila salah sebuah lori gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar belakang kereta Perodua Myvi.

“Lori yang dipandu lelaki berusia 43 tahun melanggar kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki warga emas berusia 68 tahun dan dinaiki tiga penumpang wanita yang juga warga emas berusia antara 65 hingga 87 tahun dari arah belakang.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori yang dipandu lelaki berusia 23 tahun.

“Pemandu lori berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori yang lain dan penumpang Perodua Myvi menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seng Lee berkata, pemandu serta dua lagi penumpang kereta yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI