fbpx
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan akibat serangan dron Israel di kem pelarian Palestin dekat Sidon semalam. - Foto AFP

13 maut, Israel serang kem pelarian di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Seramai 13 orang terbunuh dalam satu serangan udara Israel ke atas sebuah kem pelarian Palestin di selatan Lubnan, lapor laman berita Sky News semalam yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu dan media kerajaan.

Serangan dron itu mengenai sebuah kereta yang diparkir di luar sebuah masjid di kem Ein el-Hilweh, berhampiran bandar Sidon, lapor agensi berita National News Agency.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, sejumlah lagi pelarian Palestin turut cedera dalam serangan pada malam semalam.

Ia merupakan serangan yang mencatatakan angka korban paling banyak di Lubnan sejak gencatan senjata dalam perang Israel-Hizbollah dikuatkuasa setahun lalu.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyerang kumpulan pejuang Palestin yang beroperasi di dalam sebuah kompleks latihan Hamas dalam kem tersebut.

Ia mendakwa, Hamas menggunakan kemudahan itu untuk melancarkan serangan terhadap Israel. Hamas bagaimanapun mengecam serangan itu.

“Dakwaan dan tuduhan oleh tentera penjajah (Rejim) Zionis bahawa lokasi yang disasarkan adalah kompleks latihan milik pergerakan ini adalah rekaan dan pembohongan semata-mata, bertujuan untuk membenarkan pencerobohannya yang bersifat jenayah,” ujarnya.

Tambah Hamas, serangan itu menyasarkan sebuah padang sukan terbuka yang digunakan oleh penduduk kem sambil menambah, tiada kemudahan ketenteraan di kem-kem pelarian di Lubnan.

Sejumlah anggota Hizbollah yang disokong Iran dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin terbunuh dalam tempoh dua tahun yang lalu akibat serangan udara Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI