fbpx
Mohd. Masni meletakkan tangan pada papan panel sebagai simbolik perasmian SAJG di Johor Bahru semalam. – RAJA JAAFAR ALI

YWJ kumpul pengiat sejarah empat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Yayasan Wa­risan Johor (YWJ) dengan kerjasama kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta Jabatan Muzium Malaysia menganjurkan Simposium Antarabangsa Johor Global (SAJG) di Dewan Kenanga, MBJB di sini.

SAJG yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dan hari ini merupakan edisi kedua dianjurkan bertemakan Hubungan Johor dan Negara Asia Timur mengumpulkan wakil dari Malaysia, Jepun, China dan Korea Selatan.

Terdapat lima segmen pengisian simposium kali ini ialah Diplomasi Diraja dan Jalinan Sejarah Johor-Asia Timur, Perdagangan, Pelabuhan dan Maritim: Dari Kangcu ke Ekonomi Global, Pendidikan dan Inovasi: Menjulang Ilmu, Merentas Dunia, Wa­risan Budaya dan Komuniti Timur di Johor serta Karya Seni, Reka Bentuk dan Estetika Timur: Interprestasi Johor.

Pegawai Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Mohd. Masni Wakiman berkata, matlamat SAJG ialah untuk memastikan generasi baharu mengetahui lebih mendalam sejarah hubungan Kesultanan Johor Moden dengan negara luar.

Katanya, Kesultanan Johor Moden yang diasaskan Temenggong Daing Ibrahim Seri Maharaja telah membuat pelbagai pembaharuan dan pemodenan yang menyerlah kewujudan Johor.

“Perkara asas yang dibangunkan oleh Kesultanan Johor Moden sejak 10 Mac 1855 adalah mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan Johor yang sistematik, cekap dan berkesan.

“Suatu perkara yang menarik dan keunikan Kesultanan Johor Moden dari dahulu sehingga sekarang apabila para pemerintah dan pembesarnya yang berwawasan telah menggerakkkan kerjasama antarabangsa dengan negara-negara luar,”katanya.

Mohd. Masni berkata, generasi kini digesa meneruskan legasi kerjasama dengan pelbagai negara demi mensejahterakan rakyat.

“Hari ini, jika kita lihat ke­sungguhan Yang di-Pertuan ­Agong, Sultan Ibrahim melakukan lawatan ke luar negara.

“Jika diamati, ia bertujuan menjaga kestabilan ekonomi dan sosial,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN