fbpx
Tangkap layar hantaran di media sosial memaparkan lori kontena yang membawa pasangan panda.

[VIDEO] ‘Bulan dan Bintang dalam perjalanan, selamat datang ke Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang panda gergasi dari China bakal tiba di Malaysia hari ini susulan pemeteraian perjanjian antara kedua dua negara pada 16 April lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @acm.adekchacamoty, memaparkan dua buah lori kontena di jalan raya, yang didakwa membawa pasangan panda berkenaan.

“Mereka sudah dalam perjalanan! Yahoo!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rakaman itu mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya tidak sabar menantikan kehadiran panda baharu tersebut.

“Selamat datang ke Malaysia. Semoga anak-anak yang sudah balik ke kampung halaman juga terus dijaga dengan baik,” komen Risya.

“Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu akhirnya Bulan dan Bintang akan menjadi panda kesayangan Malaysia yang baharu. Namun Fuwa dan Fengyi sekeluarga tetap kesayangan hati selamanya,” kata Zue.

“Lihat lori yang bawa mereka tu pun kita dah bangga dan gembira. Inikan pula nanti mereka sudah sampai negara kita,” komen Azah. – KOSMO! ONLINE

@acm.adekchacamoty mereka dah otw guysssss! yahuuuu! #baifeng #xingyi #malaysiapanda #trending #zoonegara @Fied @Roses @novaltiara76 ♬ nhạc nền – Anh Duy OFFICIAL – 시간의반자국✅

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN