fbpx
SHRIGLEY bersama karya seninya di sebuah ruang pameran di London. – AFP 

Tali lama harga lebih RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang artis seni mengumpulkan pelbagai jenis tali dari seluruh Britain sebelum menghimpunkannya menjadi timbunan yang lebih berat daripada seekor gajah Afrika, lapor laman berita Wion News.

David Shrigley kemudian mempamerkan karyanya dalam satu pameran seni. 

Dia mengambil masa berbulan-bulan untuk mengutip dan membersihkan semua tali tersebut yang memiliki berat kira-kira 10 tan.

“Pameran ini bermula dengan simpulan bahasa bahawa tali lama sudah tiada gunanya. Ia juga sukar dikitar semula.

“Saya fikir, bagaimana sekiranya saya membuat pameran tali-tali lama berdasarkan simpulan bahasa ini? Ya ini adalah karya seni dan ya, anda boleh membeli karya seni ini pada harga  £1 juta (RM5.4 juta),” kata Shrigley.

Dinamakan dengan maksud Pameran Tali Lama, karya seni itu dibuka kepada umum di Galeri Stephen Friedman, Londo bermula 13 November hingga 20 Disember ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI