fbpx
Syada Amzah mendedahkan tidak pernah mempunyai bilik sendiri sepanjang 24 tahun kehidupannya.

Sepanjang 24 tahun, saya hidup berkongsi bilik – Syada Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memerlukan privasi, penyanyi Syada Amzah mendedahkan tidak pernah mempunyai bilik sendiri sepanjang 24 tahun kehidupannya.

Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah berkata, ketiadaan ruang bersendirian kadangkala mencetuskan tekanan buat dirinya.

“Saya sangat penat, nak tidur balik dah la susah. Bangun rasa kecewa dengan kehidupan. Stres, saya rasa saya memerlukan bilik saya sendiri.

“Mahu ruang selamat saya sendiri. Sepanjang hidup saya, 24 tahun hidup bilik berkongsi,” katanya dalam perkongsian di Threads.

Didorong situasi yang dilalui, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu juga menjadi semakin teliti khususnya dalam membuat keputusan besar terutama berkaitan perkahwinan.

“Itu salah satu sebab kenapa saya berubah fikiran dari nak kahwin secepat mungkin kepada nanti-nanti sajalah.

“Sebab saya tidak boleh ada orang di ruang saya, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memberikan cadangan yang diharap dapat menenangkan perasaannya.

“Pergilah ‘me time’ untuk hiburkan hati. Boleh sahaja cari tempat yang harga berpatutan,” tulis pengikut.

“Kena cari ruang sendiri. Kecil pun okey, asalkan awak ada ruang yang diingini. Awak boleh,” tulis seorang pemilik akaun Threads lain.

Terdahulu, Syada juga dikenali sebagai pempengaruh yang aktif menggunakan laman sosial untuk berkongsi hal kerja serta aktiviti hariannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN