fbpx
GAMBAR HIASAN

Semua tempat diramal hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 11 negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah dilanda cuaca buruk.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh negeri Perlis manakala di Kedah ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Di Perak, hujan turut diramal berterusan berlaku di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang manakala Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

“Selain itu, di Pahang ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera manakala di Selangor, hanya Hulu Langat terjejas dalam cuaca buruk,” ujarnya.

Amaran cuaca berterusan turut melanda Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Seterusnya, Alor Gajah dan Jasin di Melaka manakala Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, Johor turut terjejas dalam ramalan cuaca buruk itu.

Bagi Sarawak, hujan bertumpu di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Kapit (Song) manakala Pedalaman (Beaufort dan Nabawan), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Tongod) di Sabah. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN