fbpx
Anwar Ibrahim. Foto FACEBOOK

PM guna kenderaan rasmi kerajaan di Sabah atas keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dalam program di Sabah adalah atas faktor keselamatan yang ditetapkan oleh pasukan keselamatan.

Anwar berkata, perkara itu diluar pertimbangan beliau kerana dalam peraturan kerajaan, seorang Perdana Menteri selayaknya menggunakan aset tersebut kerana ia membabitkan soal keselamatan.

“Aset kerajaan tidak ada (digunakan dalam kempen) di Sabah. Itu program kerajaan. Kalau begitu saya pakai mobil (kenderaan) mana?

“Kerajaan itu diberikan kelonggaran Perdana Menteri mesti guna pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi dalam apa-apa program sebab pertimbangan keselamatan.

“Program kempen tidak ada program kerajaan. Saya melarang. Ada program mahasiswa bertemu Anwar dibuat di universiti saya batalkan dan tukar tempat kerana tidak mahu universiti secara rasmi terlibat menganjurkan program demi anwar dengan anak-anak muda,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung penggunaan aset kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Menjawab soalan lain, Anwar berkata, beliau telah memberi teguran keras terhadap setiausaha politiknya yang didakwa mengeluarkan surat sokongan terhadap projek kerajaan.

“Saya telah memberi teguran yang keras kerana peraturan kita tidak membolehkan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI