fbpx
DBKL menyita barangan tanpa lesen dalam operasi penguatkuasaan dijalankan DBKL. - FACEBOOK

DBKL gempur penjaja haram di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kegiatan seorang penjaja menjual jersi tanpa lesen di sekitar Jalan Sultan Ismail berakhir apabila barangannya disita dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL dalam kenyataannya berkata, sitaan itu dilakukan selepas penjaja tersebut menjual barangan tanpa kebenaran berhampiran sebuah bank di Jalan Sultan Ismail.

Katanya, operasi penguatkuasaan berterusan dilaksanakan melibatkan pemantauan, kawalan statik, rondaan dan sitaan di beberapa lokasi tumpuan seperti Masjid India, Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Changkat, Jalan P. Ramlee dan Jalan Ampang.

“Di kawasan Masjid India, sitaan turut dilakukan ke atas penjaja warga asing yang berniaga tanpa kebenaran di hadapan Kompleks Haniffa.

“Tindakan tegas ini diambil bagi memastikan laluan pejalan kaki, kawasan awam dan zon komersial sentiasa teratur, bebas halangan selain menjaga imej ibu negara khususnya di lokasi tumpuan pelancong.

“Rondaan di laluan Jalan Bukit Bintang, Jalan P. Ramlee dan Jalan Ampang mendapati tiada aktiviti menjaja tanpa kebenaran. Semua kawasan berada dalam keadaan terkawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI