fbpx
Tangkap layar hantaran Nanad Bebe mengenai kejadian kecurian barangan miliknya di media sosial.

Nanad Bebe masih trauma rumah diceroboh, belum terima ‘update’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh, Nanad Bebe mengakui masih trauma selepas kediamannya di Sungai Long, Kajang diceroboh sehingga menyebabkan kerugian lebih RM300,000 pada Ahad lalu.

Menurut wanita berusia 30 tahun itu, setakat ini dia belum menerima sebarang maklumat terkini daripada pihak polis atau panggilan daripada orang ramai berhubung barang-barang termasuk motosikal dan topi keledar yang dilarikan.

“Setakat ini saya tidak menerima apa-apa panggilan atau mesej daripada sesiapa berhubung kejadian itu. Tiada maklumat baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, kejadian yang berlaku secara tidak dijangka itu meninggalkan kesan emosi kepada dirinya dan keluarga.

“Saya memang trauma… benda ini berlaku secara mengejut. Suami, anak-anak dan keluarga ada bersama saya memberi kata-kata semangat. Saya minta orang ramai doakan urusan dipermudahkan,” katanya.

Polis kini giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes tersebut. Antara barangan yang dilaporkan hilang termasuklah motosikal jenis Yamaha RXZ dan Yamaha LC125 V8 serta barang kemas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI