fbpx
BEZZECCHI berjaya memenangi saingan GP Valencia yang menjadi perlumbaan penutup musim ini kelmarin. - AFP

MotoGP: Aprilia beri isyarat kuasai musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Pasukan Aprilia melaungkan amaran menjelang musim 2026 selepas pelumba terbaiknya, Marco Bezzecchi menamatkan kempen MotoGP 2025 dengan penuh bergaya apabila menjuarai Grand Prix Valencia, malam kelmarin.

Kemenangan di Litar Ricardo Tormo itu melengkapkan kemenangan ketiga musim ini di Silverston, Portugal dan terbaharu di Valencia bersama jentera Aprilia RS-GP.

“Saya sangat gembira kerana selepas apa yang berlaku semalam, saya memang mahukan peluang untuk berjuang mendapatkan kemenangan.

“Saya turun dengan motivasi tinggi dan dapat mengawal jurang pada awal perlumbaan. Alex (Marquez) mengekori rapat, tetapi saya kekalkan rentak sendiri untuk membina sedikit ruang yang membantu sepanjang perlumbaan.

“Saya juga dapat bertahan ketika Raul (Fernandez) mula mengejar di belakang. Dua pusingan terakhir agak mencemaskan kerana cengkaman tayar belakang semakin hilang, tetapi mujurlah ia masih mencukupi untuk memastikan kemenangan menjadi milik saya,” katanya.

Bezzecchi melalui permulaan musim yang sukar, namun berjaya bangkit untuk menutup tahun ini dengan tiga kemenangan Grand Prix, enam lagi podium perlumbaan utama, selain tiga kemenangan pecut dan tiga podium pecut.

Mengulas keseluruhan prestasinya, Bezzecchi mengakui musim ini jauh lebih baik daripada jangkaannya.

“Sudah tentu ini satu musim yang sangat baik. Bahagian pertama agak mencabar dan kami masih perlu bekerja keras serta mencari banyak lagi penyelesaian. Potensi jentera sangat bagus dan pasukan bekerja dengan amat baik.

“Secara peribadi, musim ini luar biasa. Saya langsung tidak menjangkakan keputusan seperti ini. Tetapi, apabila anda sampai ke satu tahap, pastinya anda mahukan lebih lagi. Kini kami mula memberi fokus kepada musim depan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI