fbpx
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Pasukan Penyelamat Di Air sedang memulakan operasi SAR mencari mangsa hanyut kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, hari ini.

Mangsa sempat berpaut pada tebing sungai sebelum hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa lelaki dipercayai dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma semalam, tidak terperangkap di dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mangsa yang berusia 34 tahun itu dipercayai dihanyutkan arus deras ketika ingin menyelamatkan diri.

“Penelitian terhadap rakaman video yang tular mendapati mangsa telah berjaya keluar dari keretanya sejurus kejadian kepala air berlaku.

“Berdasarkan rakaman tersebut, kita dapat melihat mangsa sudah keluar daripada kereta dan cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada dinding tebing sungai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan dari kejadian itu mangsa yang berpaut pada dinding tebing sungai gagal bertahan dan dihanyutkan oleh arus deras.

Sazalee memaklumkan, mangsa dikenal pasti sebagai penyelia projek penambahbaikan sungai berkenaan.

Mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, beliau berkata pasukan penyelamat berdepan kesukaran berikutan paras air Sungai Klang yang masih tinggi, mencecah hampir enam meter.

Katanya, kawasan pencarian juga akan diperluaskan secara berperingkat mengikut aliran sungai yang menghala ke Shah Alam, Selangor.

Terdahulu media melaporkan, operasi SAR yang ditangguhkan pada pukul 11 malam tadi disambung semula pada pukul 9.30 pagi ini dengan tumpuan pencarian di permukaan Sungai Klang sehingga Selangor.

Semalam media melaporkan, mangsa dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan selepas menyedari kepala air datang secara tiba-tiba.

Ketika insiden berlaku, seramai 12 individu termasuk pekerja pembinaan dan pemancing berada di bawah jambatan dalam kejadian itu 11 daripada mereka berjaya diselamatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN