fbpx
Anwar.

Malaysia teruskan kerjasama REE dengan Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia meneruskan kerjasama dengan Korea Selatan bagi pembinaan kilang unsur nadir bumi (REE), magnet super di Kuantan, Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pelaburan antara Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan China untuk memproses REE juga diteruskan.

Justeru, katanya, tidak benar dakwaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) menggadai maruah serta kebebasan negara.

“Rundingan dengan AS soal REE…panik semua. Saya kata tengok apa yang berlaku, kita teruskan undang-undang itu.

“Rundingan AS suruh maklumkan. Tidak apalah. Saya maklum pada China kita buat ini dengan AS dan Korea Selatan. Tidak ada percanggahan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar berkata, walaupun perkara membabitkan REE, semikonduktor dan penggunaan nilai mata wang tempatan memerlukan rundingan dengan AS, ia tidak menghalang Malaysia meneruskan kerjasama dengan negara lain.

Menurut beliau, soal perundangan perlu dibaca secara menyeluruh walaupun tekanan AS relatifnya lebih besar, bukan hanya kepada Malaysia tetapi satu dunia kerana tidak mahu dikenakan tarif terlalu tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN