fbpx
Gambar hiasan.

‘Itu kereta aku, suka hati aku nak letak apa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas teman wanita adik lelakinya tidak berpuas hati dengan barangan miliknya yang ditemui di dalam kereta.

Menerusi hantaran pengguna Threads, teman wanita si adik menyangka terdapat ‘wanita lain’ tanpa mengetahui kereta tersebut sebenarnya milik si kakak.

“Hello, itu kereta aku, suka hati aku nak letak barang-barang aku. Teman lelaki kau (adiknya) itu miskin. Duit minyak dan Touch ‘n Go pun kakak yang isikan Cari saja teman lelaki lain,” ujarnya.

Jelasnya, adiknya sudah memberitahu barang tersebut milik kakaknya namun, masih diminta untuk berpesan kepada kakak untuk tidak meninggalkan barang di dalam keretanya sendiri.

Perkongsian tersebut meraih perhatian rata-rata pengguna media sosial dengan tindakan teman wanita si adik yang berlebihan mengawal kehidupan teman lelakinya.

“Mungkin adik tak jujur itu bukan kereta dia. Tapi kalau kereta dia (adik) sendiri pun, bukan hak teman wanita nak halang letak barang dalam kereta,” komen @Ariamichael_h

“Selepas ini, kakak letak semua barang dalam kereta termasuk kasut tumit tinggi, tudung dan telekung. Biar teman wanita sampai tiada ruang nak letak kaki,” kata Amar.

“Adik aku pula kata yang gincu (lipstick) dalam kereta itu aku punya, walaupun dia (adik) sebenarnya bawa perempuan lain,” komen @Frhadlna –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN