fbpx
Noor Eda Fariza.

Hilang sejak 10 November, di mana Noor Eda Fariza?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Mentari Court, Taman Seri Mentari di sini, sejak 10 November lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Noor Eda Fariza Abu Bakari, 37 kira-kira pukul 4.20 petang, 11 November lalu.

Katanya, mangsa kali terakhir dilihat meninggalkan rumah pada pukul 8.30 pagi, 10 November lalu.

“Butiran fizikal mangsa dengan ketinggian 158 sentimeter, berat 38 kilogram, bentuk muka bujur, berkulit cerah, rambut hitam, berbadan kurus dan pakaian terakhir tidak pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Lau Chee Ung di talian 014-3467568 atau 03-78752222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN