fbpx
HAKIM Danish mengutip dua lagi mata pada saingan di GP Valencia selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 kelmarin. - FB ZK RACING

Hakim Danish terus buktikan kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mengakhiri kempen Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 musim 2025 sebagai pelumba wildcard dengan persembahan positif apabila berjaya mengutip dua mata di Grand Prix (GP) Valencia.

Dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Hakim Danish mempamerkan tunggangan matang bersama pasukan FRINSA MT Helmets MSI.

Bermula dari petak ke-18, Hakim Danish mempamerkan aksi yang konsisten sepanjang 20 pusingan untuk bersaing dalam kelompok pertengahan dan menamatkan perlumbaan di tangga ke-14.

Kejayaan tersebut melengkapkan hujung minggu yang penuh cabaran kerana pada awalnya bergelut dengan keadaan litar dan cuaca sejuk menyebabkannya ketinggalan hampir lima saat pada sesi latihan sebelum mempamerkan kebangkitan.

Ini merupakan kutipan mata kedua buat Hakim Danish dalam tiga penampilannya musim ini sebagai pelumba gantian kepada pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka.

Secara keseluruhan, Hakim Danish menamatkan musim di kedudukan ke-31 daripada 40 pelumba dengan mengumpul enam mata biarpun hanya beraksi dalam tiga perlumbaan.

Mengulas mengenai perlumbaannya, Hakim Danish mengakui ia adalah satu perlumbaan yang sukar, namun berpuas hati dengan kemajuan yang ditunjukkan sepanjang minggu.

“Pada awal perlumbaan, saya cuba sedaya upaya untuk memintas seramai mungkin pelumba. Ia bukan mudah kerana semua pelumba di hadapan sangat laju. Namun, saya terus berusaha dan akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

“Banyak pengalaman yang saya peroleh, terutamanya di Valencia di mana saya bermula dengan sangat perlahan. Terima kasih kepada pasukan yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa membantu saya mencari pelarasan terbaik,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN