fbpx
FAM

FAM bertegas ‘heret’ FIFA ke CAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tegas dengan pendirian untuk mengheret Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan kes pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, langkah tersebut wajar diambil bagi mendapatkan keadilan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan badan berkaitan.

“FAM ingin memaklumkan bahawa kami sudah menerima alasan penuh keputusan yang diberikan oleh FIFA berhubung penolakan rayuan FAM berkaitan status kelayakan tujuh pemain warisan Malaysia.

“Sehubungan itu, FAM akan memulakan proses untuk membawa kes ini ke CAS. 

“FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya,” kata Mohd. Yusoff dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) oleh FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib badan induk itu susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Tujuh pemain terbabit adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dengan mereka digantung daripada terlibat dalam bola sepak selama 12 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI