fbpx
Keadaan kereta yang dihempap runtuhan binaan ECRL pada tengah hari tadi. FOTO IHSAN JBPM

Binaan ECRL runtuh, hempap kereta di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Plaza Tol Gombak, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian itu melibatkan seorang wanita berusia 40-an berlaku kira-kira pukul 1.47 tengah hari.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, runtuhan binaan ECRL didapati menghempap sebuah kereta jenis Suzuki Swift.

“Mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama dua buah jentera terlibat dalam operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI