fbpx
Bapa kepada dua anak yang juga bekas anggota askar dilepaskan tanpa dibebaskan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, lapan tahun lalu.

Bekas askar dilepaskan tanpa bebas, komunikasi lucah dengan budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Bapa dua anak yang juga bekas anggota askar dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Tertuduh, Syukri Hanafi, 32, didakwa melakukan perbuatan itu pada Julai 2017 di kawasan semak berdekatan pantai di Mersing dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti hujahan penuh.

“Mahkamah menggunakan kuasa sedia ada untuk memerintahkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan. Bagaimanapun kuasa membuat keputusan untuk meneruskan pendakwaan adalah kuasa pendakwa raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN