fbpx
ANTARA tujuh PATI yang diberkas cuba menyelinap masuk melalui lorong tikus di persisir pantai Forest City, Iskandar Puteri, malam semalam.

7 PATI baru mendarat sembunyi dalam semak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Usaha tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyelinap masuk ke negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah tidak berhasil apabila mereka diberkas sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua.

Dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam menerusi Ops Taring Gelora itu, kesemua PATI yang ditahan sedang bersembunyi di dalam kawasan semak di pesisir pantai Forest City, Iskandar Puteri di sini, tengah malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Polis Abdul Latiff Mehat berkata, mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita dewasa masing-masing berusia antara 25 hingga 45 tahun.

“Dua bot ronda polis RH 67 dan PC 4 mengesan pergerakan mencurigakan di kawasan gelap berhampiran pantai berkenaan sebelum anggota bergegas melakukan pemeriksaan rapi.

“Sebaik dihampiri, enam lelaki dan seorang wanita warga asing dilihat panik dan cuba menyembunyikan diri seolah-olah menanti peluang untuk ‘menghilang’ ke kawasan hutan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Latiff berkata, kesemua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan sah dan dipercayai menyelinap masuk ke negara ini melalui laluan tikus yang tidak diwartakan.

Menurutnya, polis merampas tujuh telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan untuk berhubung dengan tekong atau rangkaian penyeludupan yang menguruskan kemasukan mereka.

Kesemua PATI ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Selain itu, mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen sah, satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara, denda dan sehingga enam sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI