fbpx
Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli.

7 guru letak jawatan, 51 tidak lapor diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Seramai tujuh orang guru yang diambil menerusi inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak telah meletak jawatan.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata selain itu, seramai 51 orang tidak melapor diri.

“Antara faktor utama calon yang tidak melapor diri dan meletak jawatan ialah telah ditawarkan pekerjaan lain, menolak tawaran penempatan dan masalah peribadi,” katanya yang dihubungi.

Menurutnya, sehingga November 2025, Sarawak telah menerima seramai 1,219 orang guru menerusi inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak.

Katanya daripada jumlah itu, 957 orang ditempatkan di sekolah rendah dan 262 orang di sekolah menengah.

Sementara itu, Omar berkata, unjuran pengisian guru selepas penempatan pada November 2025 berjaya merapatkan jurang kekosongan di sekolah rendah dan sekolah menengah dengan kadar pengisian 98.59 peratus.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek berkata setelah hampir tiga tahun, seramai hampir 53,000 orang guru baharu telah dilantik dengan kadar pengisian di sekolah-sekolah seluruh negara pada tahap tertinggi melebihi 98 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN