fbpx
SEORANG wanita misteri (kanan) menolak kereta sorong. - Foto ROADS.sg

Wanita misteri tolak kereta sorong bayi di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang wanita dilihat berjalan di Lebuh Raya Kranji (KJE), Singapura pada waktu malam sambil menolak sebuah kereta sorong bayi, lapor portal berita Stomp hari ini.

Beberapa netizen mendakwa bahawa  dia biasanya muncul selepas tengah malam.

Rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan kejadian itu yang disiarkan di halaman Facebook ROADS.sg pada 6 November lalu.

Rakaman pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) itu menunjukkan sebuah kereta melalui KJE menuju ke Lebuh Raya Bukit Timah (BKE), berhampiran susur keluar Choa Chu Kang.

Seorang wanita tiba-tiba muncul di bahu jalan sebelah kanan.

Wanita berpakaian serba putih itu dilihat menolak kereta sorong bayi sambil berjalan di lebuh raya.

Menurut portal berita Shin Min Daily News, sebilangan orang berkata, mereka pernah melihatnya beberapa kali di kawasan Bukit Panjang, Woodlands Road dan Mandai Road.

Di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya, pejalan kaki tidak dibenarkan berjalan atau berlari di lebuh raya. 

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga SGD$1,000 (RM3,188), penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Oleh kerana tiada laporan polis dibuat, identiti wanita itu dan sebab di sebalik kelakuannya masih belum diketahui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN