fbpx
Tangkap layar video memaparkan seekor ikan timbul di permukaan air dan 'meludah' ke arah seorang lelaki.

[VIDEO] ‘Sampai ikan pun ludah, apa dosa lampau kau?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Apa lah dosa lampau kau abang sampai ikan pun meludah”.

Itu antara persoalan nakal orang ramai selepas seorang lelaki berkongsi pengalamannya ‘diludah’ spesies ikan sumpit atau ‘archerfish’.

Menerusi perkongsian video di akaun media sosial @DerreckSyah, jelas memaparkan seekor ikan timbul di permukaan air dan ‘meludah’ jauh ke arahnya yang sedang menikmati roti.
Hantarannya itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata turut meninggalkan komen-komen lucu.

“Dengan ikan pun gaduh. Ikan pun satu nak ludah-ludah orang,” komen @Phi V.

“Titik terendah manusia adalah apabila diludah oleh ikan,” ujar @Thatwhite.zc.

“Pertama kali tengok ikan ludah manusia. Tepat pula tu,” kata @Afiq Al-Hafiz. – KOSMO! ONLINE

@derreckcander_88 Binawe punya Archer fish (Ikan Sumpit) Gara² “ROTI GARDENIA” Cari Masalah kau dgn Abam 😩😤 #DerreckCander #abamlaut🤿 #scubadiving #sabah #Cancer♋ ♬ original sound – DerreckSyah 🤿 Abam Laut 🤿

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN