fbpx
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di laman Thread.

[VIDEO] Anak datang pusat dialisis pakai jubah konvo PhD buat ramai sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang graduan ijazah doktor falsafah (PhD) menyentuh hati orang ramai apabila memilih untuk meraikan hari konvokesyennya bersama bapanya yang sedang menjalani rawatan dialisis.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Thread, wanita itu berkata bapanya tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen kerana perlu menjalani rawatan.

Bagaimanapun, demi memastikan momen bersejarah itu tetap dapat dikongsi bersama, dia mengambil keputusan untuk terus ke pusat dialisis bagi menyerahkan hadiah konvokesyen buat bapanya.
“Abah tak dapat datang masa saya konvo tempoh hari, maka saya datang ke tempat dialisis abah untuk beri hadiah ini kepadanya.

“Abah… Terima kasih untuk segalanya. Kami sayang abah,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berkongsi perasaan terharu selain turut mengucapkan tahniah kepada wanita tersebut.

“Tahniah, Doktor! Betapa indahnya masih dapat berkongsi saat ini dengan ayah. Semasa saya tamat pengajian sarjana, ayah saya tiada lagi (dan ibu saya telah meninggal dunia sejak saya bersekolah). Ayahlah yang mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Tetapi begitulah takdir berlaku kan,” kata Miss Othman.

“Tahniah atas pencapaian anda dan menjadi anak perempuan yang lebih baik,” kata Doc Izuan.

“Alhamdulillah dan tahniah Dr, semoga terus cemerlang di dalam kehidupan,” kata Yusri.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 16,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI