fbpx
Penduduk melalui kawasan perkuburan untuk cepat tiba ke destinasi. - Istimewa

Tanah perkuburan dah jadi jalan pintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan penduduk sebuah kampung di Jamber, wilayah Jawa Timur menggunakan kawasan perkuburan sebagai jalan pintas ketika menaiki kenderaan, lapor laman berita Detik semalam.

Menurut penduduk, mereka terpaksa bertindak demikian kerana akses jalan ditutup buat sementara waktu ketika kerja-kerja menurap jalan dilakukan.

Tambah mereka lagi, tiada jalan alternatif lain disediakan, menyebabkan penduduk terpaksa melintasi kawasan perkuburan.

Bagaimanapun, Ketua Kampung Kaliwining, Samsul Arifin berkata, jalan alternatif telah pun disediakan untuk penduduk.

“Turapan jalan dilakukan di Kampung Gayam. Di situ ada banyak jalan alternatif,” katanya.

Tambah Samsul, kawasan perkuburan itu bukan jalan altrnatif yang disediakan, sebaliknya penduduk sengaja melaluinya untuk cepat sampai ke destinasi.

“Mungkin mereka cuma mahu mengikut jalan yang lebih dekat dan pantas untuk tiba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Rambipuji, Asisten Komisioner Eko Yulianto berkata, beliau akan menyiasat perkara itu bagi menggalakkan orang ramai supaya lebih berdisiplin dalam mencari laluan alternatif.

“Kami akan melakukan siasatan untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN