fbpx
Keadaan banjir kilat di KM18.9 Lebuh Raya NPE hari ini.

Semua lorong terhalang, banjir kilat di NPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) sesak apabila semua lorong terhalang akibat banjir kilat ekoran hujan lebat petang ini.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

“Banjir kilat di kilometer (KM) 18.9 pusingan U Maju Jaya di NPE. Semua lorong terhalang dan trafik terhenti.

“Penutupan turut membabitkan susur keluar Taman Medan dari Jalan Klang Lama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN