fbpx
Razarudin (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM30,000 Pengerusi Pusat Autisme PDRM, Tan Sri Norian Mai (dua kanan) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

‘Saya saman bukan sebab duit tetapi maruah Ketua Polis Negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saman fitnah saya bukan atas (nama) Razarudin Husain tetapi kedudukan Ketua Polis Negara”.

Demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Razarudin selepas menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), di sini hari ini.

Menurut Razarudin, tindakan saman yang difailkan terhadap penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo adalah bagi mempertahankan maruah institusi Ketua Polis Negara.
“Saya saman bukan sebab duit. Ini kerana kedudukan Ketua Polis Negara tidak wajar difitnah.

“Ketua Polis Negara adalah institusi yang mengetuai seluruh anggota PDRM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Razarudin berkata, sumbangan itu penting bagi menyokong kelangsungan operasi pusat berkenaan.

“Pusat Autisme PDRM ini menempatkan anak-anak autisme dalam kalangan warga PDRM serta melibatkan lebih 60 tenaga pengajar bagi sesi pagi dan petang.

“Pusat ini bukan organisasi berasaskan keuntungan, difahamkan setiap bulan memerlukan kos besar untuk menampung operasinya,” ujarnya.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan RM55,000 hasil bayaran saman, sebanyak RM25,000 disumbangkan kepada Tabung Amanah Warisan Polis, manakala RM30,000 lagi disalurkan khusus untuk program autisme.

Media sebelum ini melaporkan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 30 hari terhadap Papagomo, selepas didapati melanggar perintah injunksi berhubung saman fitnah yang difailkan Razarudin.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong ketika membacakan keputusan itu, mendapati Wan Muhammad Azri bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah berkenaan sebanyak dua kali.

Bagi pelanggaran pertama awal tahun ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 hari, manakala bagi pelanggaran kedua pada Mei lalu, beliau turut dikenakan 15 hari penjara.

Mahkamah turut memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM30,000 kepada Razarudin dalam tempoh tiga hingga empat hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI