fbpx
Pasukan PPDA sedang menjalankan operasi SAR di Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

Operasi cari lelaki jatuh Jambatan P. Pinang diperluas pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di sini semalam diperluaskan sehingga radius empat kilometer (km), hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi SAR disambung semula pagi ini melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Katanya, operasi turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Bagan Jermal dan Butterworth. Operasi SAR dikoordinasi oleh Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot dengan dibantu aset JBPM dan Polis Marin.

“Kawasan pencarian dilakukan bermula lokasi mangsa dipercayai jatuh,” katanya di sini, hari ini.

Pos Kawalan Bomba dibuka di Pengkalan Marin Mak Mandin, Butterworth, namun sehingga kini tiada kelibat ahli keluarga mangsa di lokasi tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang dari pulau menghala ke Perai malam tadi.

Lelaki berusia 25 tahun itu meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal jenis Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan sebelum hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI