fbpx
Tangkap layar hantaran di Threads baru-baru ini.

Sampai najis pun murid buang dalam beg kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru meluahkan rasa kesal dengan gesaan ibu bapa yang memintanya bertindak untuk mengesan pelaku membabitkan insiden penemuan tahi di dalam beg sekolah seorang murid.

“Tahi dijumpai berketul dalam beg sekolah anak. mak minta cikgu siasat, siapa punya tahi.

“Memang cikgu-cikgu ni tak ada kerja kan? Tahi anak pun cikgu kena siasat,” katanya dalam satu hantaran di Threads.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuklah meminta guru tersebut untuk segera menyiasat perkara terbabit kerana ia mungkin melibatkan gejala buli di sekolah.

“Sampai tahi murid pun buang dalam beg kawan. Tanda awal membuli, tak di cegah, pasti akan lebih teruk,” kata Fitri.

“Bagi saya tugas guru, sebab guru berada di sekolah dan kejadian itu pun berlaku di sekolah. Ibu bapa dah jalankan tanggungjawab periksa beg anak-anak lepas balik sekolah, jadi apa yang berlaku di sekolah termasuk kes buang tahi sekali pun cikgu perlu bertanggungjawab siasat,” kata Norhim.

“Betul la tu, mak minta tolong cikgu siasat. Tak akan mak sendiri nak masuk sekolah siasat. Aku hari itu anak aku balik seluar basah pun aku siasat. Dia kata seluar jatuh atas lantai masa tukar baju. Okey la. Kadang-kadang perkara itu kecil bagi kita, tapi boleh membawa kesan yang besar kepada orang lain,” komen seorang pengguna.

“Cikgu macam ini la buat budaya buli makin menjadi-jadi sebab mak ayah buat aduan tapu cikgu tak peduli. Dah jadi kes buli teruk baru nak ambil tindakan,” tegur Syafiqah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN