fbpx
Rao (dua dari kiri) disambut Hishamuddin (tiga dari kanan) di KLIA Terminal 2 selepas selamat dibawa pulang dari Kemboja semalam.

Rakyat Malaysia digantung terbalik, dikurung dalam bilik gelap di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang lelaki Malaysia mendedahkan dirinya digantung secara terbalik dengan kedua-dua belah kaki terikat ke atas selain dikurung di dalam bilik gelap selepas menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Poipet, Kemboja baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat mangsa dikenali sebagai Rao, 24, selepas dia berjaya diselamatkan dan dibawa pulang oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Cerita lelaki itu, dia sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori sebelum ditawarkan pekerjaan di sebuah kasino oleh seorang rakan di Johor.
Katanya, rakan itu mendakwa mempunyai ‘orang dalam’ dan menawarkan pekerjaan bergaji AS$1,000 di luar negara.

“Bagaimanapun, saya sempat bekerja tiga hari di kasino sebelum dipindahkan ke tempat lain untuk melakukan penipuan yang menyasarkan rakyat Malaysia membeli barangan tidak wujud.

“Namun, saya tidak berminat dengan kerja itu menyebabkan sindiket yang didalangi warga China mula menyeksa saya dan meminta wang tebusan RM30,000 jika mahu dibebaskan,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini semalam.

Sebelum ini, Rao dilaporkan bertolak ke Kemboja pada 27 Oktober lalu untuk bekerja di kasino, namun tidak pernah memulakan pekerjaan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, keluarga mangsa telah hadir pada sidang akhbar Jumaat lalu bagi mendedahkan kehilangan Rao.

Katanya, keluarga itu turut menceritakan bagaimana mangsa dipujuk bekerja di Laos sebelum diseludup masuk ke Kemboja.

“Selepas sidang media itu, MHO menerima maklumat mengenai enam rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

“MHO kemudian berkoordinasi dengan Kementerian Dalam Negeri Kemboja dan pasukan ‘task force’ di sana.

“Daripada enam mangsa itu, sindiket membebaskan dua individu membabitkan Rao dan seorang lagi mangsa dari Klang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI