fbpx
Perkongsian guru tersebut di Facebook.

Pura-pura jadi pelajar mengadu didera ibu tiri, rupanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru mendedahkan pengalaman diganggu individu yang menyamar sebagai bekas pelajarnya untuk menipu dan mengganggu secara seksual.

Menurut guru terbabit, ini merupakan kes ke-10 dia berdepan dengan situasi sebegini yang mana individu lelaki tersebut menggunakan pelbagai helah untuk memancing mangsa.

“Ini kes ke-10 saya berdepan dengan isu ni. Gangguan seksual daripada lelaki gila seks. Macam-macam cerita golongan ini pusing, akhirnya jenis…rupanya!” kongsi guru itu melalui hantaran di Facebook.
Awalnya, guru itu menyangka mesej berkenaan datang daripada bekas pelajarnya yang biasa menghubunginya.

Namun, selepas beberapa mesej diterima dan perbualan tersebut semakin merapu, dia segera berhenti membalas.

“Assalamualaikum cikgu, cikgu sibuk ke sekarang? Maaf cikgu kalau saya ganggu. Cikgu ada di mana? Sekolah ke? Saya mahu beritahu cikgu hal penting, tapi saya tidak tahu boleh beritahu sama cikgu atau tidak,” kata individu tersebut.

Kemudian, Individu tersebut menghantar gambar bahagian belakang badan yang menampakkan kesan seolah-olah didera.

“Setiap hari saya dipaksa oleh ibu tiri saya. Kalau saya tidak mahu, ibu tiri saya pukul saya guna paip air cikgu. Kalau cikgu tak percaya, vc (buat panggilan video) dengan saya cikgu,” dakwa individu tersebut.

Menerusi beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp, individu tersebut terus mengganggu guru berkenaan meskipun mesejnya tidak dibalas.

Guru berkenaan menasihati orang ramai, terutama golongan wanita, supaya sentiasa berhati-hati dan merekodkan sebarang mesej mencurigakan sebagai bukti untuk tindakan lanjut.

“Kalau nombor pelik naik, standy (bersedia) siap-siap ‘screen record’ dan ‘screenshot’. Bukti penting tu,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI