fbpx
Gambar hiasan

PDRM pertingkat risikan cegah demontrasi ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil pendekatan proaktif supaya rusuhan awam yang ekstrem seperti yang berlaku di Indonesia dan Nepal tidak berlaku di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, antara langkah dengan memperkukuhkan aspek risikan untuk mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi sentimen rakyat.

“Kita perkukuh dan mengumpul maklumat dan memantau setiap isu, pemantau risikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini bagi mengenal pasti potensi ancaman terhadap keamanan dan kestabilan negara.
“Meningkatkan kolaborasi antara agensi kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan supaya isu berkaitan kos sara hidup, tidak puas hati terhadap dasar kerajaan dapat ditangani secara menyeluruh dan tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung strategi kerajaan bagi mengelak rusuhan awam seperti di Indonesia dan Nepal yang berpunca daripada tekanan kos sara hidup, ketidakpuasan terhadap dasar kerajaan, isu sosial dan politik.

Shamsul Anuar berkata, PDRM turut mengadakan perbincangan dengan pihak penganjur demonstrasi bagi memastikan perhimpunan tidak mencetus ancaman serta menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Tambah beliau, PDRM turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan melalui latihan kawalan rusuhan yang menekankan kepada aspek disiplin.

Kata beliau, ia termasuk penggunaan kekerasan yang minimum, kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) kawalan rusuhan, penugasan pasukan khas serta penggunaan teknologi moden seperti dron.

Dalam pada itu, katanya, PDRM meningkatkan keupayaan risikan adalah bagi mengesan lebih awal rancangan pihak yang mahu mengadakan himpunan atau demonstrasi berunsur ekstrem.

Beliau berkata, PDRM malah memantau isu dan sentiment yang dibangkitkan di media sosial serta bekerjasama dengan agensi tempatan dan antarabangsa untuk mengumpul maklumat.

“Kerjasama strategi dengan agensi tempatan dan antarabangsa umpamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Interpol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN