fbpx
Razarudin ketika ditemui Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Operasi banteras kartel dadah dilaksana secara sulit – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar operasi membanteras kartel penyeludupan dadah dilaksanakan secara sulit dan sentiasa berada dalam radar pihak berkuasa.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu bagi mengelakkan kartel mengubah taktik menjalankan kegiatan terbabit.

“(Kartel ini) memang ada dalam siasatan dan operasi. Kita juga cakna dengan pengedar (dadah) di Malaysia dan dari luar negara seperti Australia, Korea Selatan, New Zealand dan Indonesia.
“Tetapi kita tak dedahkan perkara ini kerana kita bimbang mereka akan mengubah modus operandi yang akan menyebabkan mereka sukar dikesan,” katanya ketika ditemui di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Razarudin berkata, Malaysia telah pun mewujudkan kerjasama Australia di bawah Task Force Tiger serta dengan New Zealand, Korea Selatan dan Indonesia sebelum ini.

Katanya, banyak operasi termasuk rampasan bernilai hampir RM1 bilion tahun ini adalah hasil kerjasama berterusan agensi Malaysia dan rakan antarabangsa.

“Bukan bermakna tiada apa yang berlaku selama 20 tahun. Tangkapan telah dibuat sebelum zaman saya lagi.

“Tetapi pengarah atau Ketua Polis Negara terdahulu memilih untuk tidak bercakap secara terbuka mengenai hal kartel. Mereka tidak mahu mendedahkan operasi ini secara umum,” jelasnya.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysai (PDRM) mengesahkan sindiket besar penyeludupan dadah menggunakan kaedah kontena seperti dibangkitkan Perdana Menteri berada dalam perhatian dan tindakan pencegahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya sudah memiliki maklumat berhubung rangkaian kartel tersebut dan beberapa langkah siasatan serta operasi sedang dijalankan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Anwar mendedahkan terdapat kartel besar yang menyeludup masuk dadah ke negara ini.

‎Anwar berkata, perkara itu telah beliau dengari sejak 20 tahun lalu, namun tiada tindakan.

‎Katanya, selepas menjadi Perdana Menteri dan menunggu selama setahun, tiada laporan mengenai kartel besar yang membawa dadah itu menggunakan kontena. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN