fbpx
Gambar hiasan

Makin ramai orang tawar bayaran lumayan, tolong bawa beg ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hantaran di media sosial mencetuskan fenomena baharu apabila ramai individu menawarkan upah lumayan untuk membawa beg mereka ke luar negara khususnya destinasi popular seperti Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand.

Tinjauan Kosmo! mendapati hantaran yang dimuat naik itu meminta bantuan membawa barangan peribadi atau beg penumpang sebagai balasan, pihak berkenaan menawarkan upah besar. Malah, ada yang menanggung kos tiket penerbangan dan penginapan bagi memastikan misi itu dapat dilaksanakan.

“Siapa ada nak pergi Bali? Ada nak minta bantuan bawakan barang, satu beg kecil saja. Hantar sampai ke airport (lapangan terbang) sahaja. Jangan risau, saya belanja duit penerbangan,” itu antara iklan yang dikongsikan di media sosial.

Situasi ini menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang turut meninggalkan pesanan agar masyarakat tidak mudah terperdaya dengan tawaran yang nampak menguntungkan.

Terdapat kebimbangan tinggi bahawa aktiviti membawa beg milik individu lain ke luar negara tanpa pengawasan boleh menjerat diri kepada kesalahan jenayah termasuk risiko dijadikan keldai dadah.

“Jangan sesekali mudah percaya. Kalau tawaran terlalu lumayan, biasanya ada sesuatu yang tersembunyi. Pastikan kita tidak terlibat dalam perkara haram yang boleh merosakkan masa depan,” pesan Asyikin.

“Pada yang cakap dia memang ada bisnes luar negara…bukan dia seorang sahaja ada bisnes. Tak akan tak tahu kewujudan servis penghantaran udara laut semua ada. Kerajaan siap buat iklan jangan bawa barang orang lain semasa di lapangan terbang. Baru keluar berita keldai dadah dari Malaysia ramai kena ‘cekup’ di Indonesia,” kata Zulaikha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI