fbpx
Najib dan Mohd. Nazifuddin

Mahkamah tolak rayuan Najib, anak tangguh prosiding bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman, Suhendran Sockanathan @ Saheran Abdullah menolak rayuan itu selepas mendapati beliau tidak melihat sebarang kemudaratan lain yang boleh mewajarkan penangguhan.

Prosiding dimulakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas dua beranak itu gagal melunaskan tunggakan cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.
Pada 16 Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan memutuskan bekas Perdana Menteri itu dan anaknya perlu melunaskan tunggakan cukai selepas menolak rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim selepas menolak rayuan dua beranak tersebut untuk mengenepikan penghakiman terus yang diperoleh LHDN untuk mendapatkan nilai tunggakan tersebut.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib untuk menuntut beliau membayar sebanyak RM1.69 bilion cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN melalui kerajaan Malaysia turut memfailkan writ saman terhadap Mohd. Nazifuddin pada 24 Julai 2019 kerana masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI