fbpx
Gambar hiasan

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia bebas siasat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) yang bakal ditubuhkan kelak akan diberi kebebasan dalam melaksanakan siasatan kemalangan jalan raya serta mengemukakan sebarang syor kepada kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sama seperti pasukan petugas khas kemalangan yang pernah ditubuhkan sebelum ini, setiap laporan disiapkan tidak akan diedit atau dipinda, malah akan dibentang secara terbuka untuk tatapan umum.

“Sudah tentu apa sahaja agensi siasatan ada kebebasan, malah `task force’ yang kita bentuk sekarang ini memang mereka bebas melaksanakan apa saja siasatan dan membuat apa saja syor.
“Seperti yang telah pun saya laksanakan. Apa yang mereka putuskan dalam laporan itu kita bentangkan secara umum secara terbuka,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) sama ada MTSB akan dijadikan sebagai sebuah badan bebas seperti di luar negara dalam melakukan siasatan kes kemalangan jalan raya.

Anthony Loke berkata, Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan MTSB dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun depan dan memorandum Jemaah Menteri berkenaan penubuhannya akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat), beliau berkata, pelbagai langkah telah pun diambil oleh kerajaan untuk menangani isu kemalangan jalan raya walaupun MTSB belum ditubuhkan

Menurut beliau, ia termasuk penguatkuasaan tegas terhadap kewajipan memasang peranti kawalan had laju (SLD) pada kenderaan berat termasuk bas ekpres.

Tambah beliau, penguatkuasaan tegas juga dilakukan terhadap lori membawa lebih muatan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu lori.

“Sebahagian pemandu lori tidak berpuas hati, tetapi kita teruskan penguatkuasan tersebut kerana ia penting untuk menjaga keselamatan orang ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI