fbpx
Mangsa cuba diselamatkan anggota EMRS JBPM sebelum disahkan meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika berada di atas siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, malam tadi. - Ihsan JBPM

Lelaki maut terkena renjatan elektrik atas siling rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika berada di atas siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa berusia sekitar 40-an dilaporkan pengsan sebelum ditemui tidak sedarkan diri di atas struktur siling kediaman berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Shahrom Laji, berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9 malam.
Ujarnya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan dua jentera termasuk Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di atas siling.

“Anggota kemudian menjalankan kerja menurunkan mangsa dari bahagian siling sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pihak KKM.

“Tiada masalah operasi dilaporkan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.03 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN